Saturday, 12 January 2013

KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA

Asslamualikum Dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog “Buah Mahkota Dewa 1001 Khasiat” saya ini. Tujuan asalnya hanyalah untuk berkongsi maklumat yang jarang-jarang diperolehi. Terutamanya di Malaysia amat kurang orang mengetahui tentang 1001 macam khasiat Buah Mahkota Dewa ini.



Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan khasiat buah mahkota dewa di bawah ini.

ALKALOID:
Bersifat detoksifikasi, yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh kita

SAPONIN BERMANFAAT SEBAGAI:
Sumber anti bakteria dan anti virus
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengurangkan kadar gula dalam darah
Mengurangkan penggumpalan darah

FLAVONOID YANG MAMPU:
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
Mengandung antiinflamasi (antiradang).
Berfungsi sebagai anti-oksidan.
Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

POLIFENOL:
Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).


Insya Allah tetap dipercayai, sudah terbukti dan diakui buah mahkota dewa ini dapat mengubati dan mencegah berbagai penyakit seperti:-
Demam Berdarah(Denggi)
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar

Penyakit Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Keputihan
Haid tidak lancar
Reumatik( Sakit Sendi)
Lemah Syahwat (wahdoo…..mahu saja Pak,)
Gout & arthritis
Hepatitis (Radang Hati)
Eksim (Penyakit Kulit)
Penyakit Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Jerawat (menghaluskan kulit)



SIFAT DAN KHASIAT MAHKOTA DEWA

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun. (Perlu di rebus dahulu bijinya)
Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan


WAKTU MINUM

Waktu yang paling sesuai adalah sebelah malam sebelum makan.
Tertapi bagi yang baru mencubanya, elok diminum 2 kali sehari iaitu
Sekali sebelah pagi dan sekali lagi sebelah malam selama 2 bulan kemudian
Minumlah 1 kali sehari sebelum tidur.

KEKERAPAN MEMINUMNYA
 

Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

KESAN SAMPINGAN

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil. 




Terdapat juga kadang kala, peminum akan merasa badan mereka lemah lesu, lengoh sendi, akibat meminum pertama kali buah mahkota dewa.

 
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA KEADAAN LUAR BIASA


Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.


Minum susu segar

Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.


Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak boleh tahan.


AMALKAN  SETIAP HARI

Amalkan meminum Air Buah Mahkota Dewa ini setiap hari, Insya Allah, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada diri anda, Antara beberapa perubanah yang akan berlaku pada diri anda setelah anda mengamalkan meminum buah mahkota dewa dalam masa 1 hingga 3 minggu adalah seperti berikut:-


1.    Setiap kali anda membuang air kecil, anda merasa amat puas, terutama diwaktu pagi selepas bangun tidur.

2.    Bagi anda yang menghisap rokok, apa bila anda membuang air besar, kadang kala najis anda akan mengeluarkan warna hitam, anda jangan terkejut, kerana sifat Buah Mahkota Dewa membersihkan toksit yang berada didalam badan anda.

3.    Bagi anda atau lelaki yang beristeri lebih dari satu, jangan risau, ANDA PASTI SENTIASA HEBAT, anda sendiri boleh lihat perubahan yang bakal berlaku.



SELAMAT MENCUBA

Saya mengucapkan kepada semua selamat mencubanya,  Insya Allah, dengan berkat ketabahan anda mengamalkan meminum air buah mahkota dewa ini, anda akan dapat mengubati segala penyakit yang anda hadapi,  Semuga anda semua sihat setiap hari. Cuma satu pesanan saya belilah buah mahkota dewa yang asli.


UNTUK MENEMPAH / MEMBELI  BUAH MAHKOTA DEWA DAN ANAK BENIH POKOK MAHKOTA.


Untuk membeli Buah Mahkota Dewa yang Asli dan
Jika anda berminat untuk membeli pokok benih Buah Mahkota Dewa, saya sedia membantu anda semua, sila hubungi saya.