KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA

Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia.

CARA MENYEDIAKAN

Ambil Buah Mahkota dewa kering sebanyak 7 atau 9 hiris. Masukkan kedalam Mug atau gelas tahan panas tadi. Tuangkan air panas yang baru medidih kedalam mug atau gelas tahan panas.

POKOK BUAH MAHKOTA DEWA

Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidakdiganggu oleh pencemaran dan aktiviti manusia.

BAHAYA KEPADA WANITA

Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak digalakan untuk meminum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.

POKOK BUAH MAHKOTA DEWA

Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidakdiganggu oleh pencemaran dan aktiviti manusia.

Saturday, 12 January 2013

KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA

Asslamualikum Dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog “Buah Mahkota Dewa 1001 Khasiat” saya ini. Tujuan asalnya hanyalah untuk berkongsi maklumat yang jarang-jarang diperolehi. Terutamanya di Malaysia amat kurang orang mengetahui tentang 1001 macam khasiat Buah Mahkota Dewa ini.



Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan khasiat buah mahkota dewa di bawah ini.

ALKALOID:
Bersifat detoksifikasi, yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh kita

SAPONIN BERMANFAAT SEBAGAI:
Sumber anti bakteria dan anti virus
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengurangkan kadar gula dalam darah
Mengurangkan penggumpalan darah

FLAVONOID YANG MAMPU:
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
Mengandung antiinflamasi (antiradang).
Berfungsi sebagai anti-oksidan.
Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

POLIFENOL:
Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).


Insya Allah tetap dipercayai, sudah terbukti dan diakui buah mahkota dewa ini dapat mengubati dan mencegah berbagai penyakit seperti:-
Demam Berdarah(Denggi)
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar

Penyakit Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Keputihan
Haid tidak lancar
Reumatik( Sakit Sendi)
Lemah Syahwat (wahdoo…..mahu saja Pak,)
Gout & arthritis
Hepatitis (Radang Hati)
Eksim (Penyakit Kulit)
Penyakit Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Jerawat (menghaluskan kulit)



SIFAT DAN KHASIAT MAHKOTA DEWA

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun. (Perlu di rebus dahulu bijinya)
Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan


WAKTU MINUM

Waktu yang paling sesuai adalah sebelah malam sebelum makan.
Tertapi bagi yang baru mencubanya, elok diminum 2 kali sehari iaitu
Sekali sebelah pagi dan sekali lagi sebelah malam selama 2 bulan kemudian
Minumlah 1 kali sehari sebelum tidur.

KEKERAPAN MEMINUMNYA
 

Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

KESAN SAMPINGAN

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil. 




Terdapat juga kadang kala, peminum akan merasa badan mereka lemah lesu, lengoh sendi, akibat meminum pertama kali buah mahkota dewa.

 
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA KEADAAN LUAR BIASA


Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.


Minum susu segar

Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.


Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak boleh tahan.


AMALKAN  SETIAP HARI

Amalkan meminum Air Buah Mahkota Dewa ini setiap hari, Insya Allah, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada diri anda, Antara beberapa perubanah yang akan berlaku pada diri anda setelah anda mengamalkan meminum buah mahkota dewa dalam masa 1 hingga 3 minggu adalah seperti berikut:-


1.    Setiap kali anda membuang air kecil, anda merasa amat puas, terutama diwaktu pagi selepas bangun tidur.

2.    Bagi anda yang menghisap rokok, apa bila anda membuang air besar, kadang kala najis anda akan mengeluarkan warna hitam, anda jangan terkejut, kerana sifat Buah Mahkota Dewa membersihkan toksit yang berada didalam badan anda.

3.    Bagi anda atau lelaki yang beristeri lebih dari satu, jangan risau, ANDA PASTI SENTIASA HEBAT, anda sendiri boleh lihat perubahan yang bakal berlaku.



SELAMAT MENCUBA

Saya mengucapkan kepada semua selamat mencubanya,  Insya Allah, dengan berkat ketabahan anda mengamalkan meminum air buah mahkota dewa ini, anda akan dapat mengubati segala penyakit yang anda hadapi,  Semuga anda semua sihat setiap hari. Cuma satu pesanan saya belilah buah mahkota dewa yang asli.


UNTUK MENEMPAH / MEMBELI  BUAH MAHKOTA DEWA DAN ANAK BENIH POKOK MAHKOTA.


Untuk membeli Buah Mahkota Dewa yang Asli dan
Jika anda berminat untuk membeli pokok benih Buah Mahkota Dewa, saya sedia membantu anda semua, sila hubungi saya.
 

Friday, 11 January 2013

CARA MENYEDIAKAN

CARA-CARA UNTUK MERENDAM DAN MEREBUS,
BUAH DAN DAUN MAHKOTA DEWA.

Persiapan untuk merendam dan merebus Buah Mahkota Dewa amat mudah dan senang sekali. Kedua-dua cara ini boleh anda lakukan sambil menonton TV di rumah.
 
CARA PERTAMA MERENDAM.

 
Anda hanya perlu menyediakan satu mug atau gelas besar yang tanah panas. Pastikan ianya bersih,  




Gunakan Mug Atau Gelas Tahan Panas


Ambil Buah Mahkota dewa kering sebanyak 7 atau 9 hiris. Masukkan kedalam Mug atau gelas tahan panas tadi. Tuangkan air panas yang baru medidih kedalam mug atau gelas tahan panas. Jangan terlalu penuh sangat airnya. Jika perlu ditutup dengan piring. Rendam dalam masa 30 minit atau hingga air rendaman sejuk. Selepas itu mulailah diminum. Selepas habis meminumnya anda boleh menambah air panas kedalam mug dan rendam semula untuk menghabiskan sisa sisa zat pada buah yang direndam tadi, lalu ulangi meminumnya semula.



Buah Mahkota Dewa Yang Telah Dikeringkan


CARA KEDUA MEREBUS.

Cara yang paling baik, anda digalakan menggunakan periuk tanah liat bersize kecil. Jika tiada anda bolehlah menggunakan periuk biasa yang bersaiz kecil.


Periuk Tanah Liat

Ambil 30 hingga 50 hirisan buah mahkota dewa kering dan masukkan  kedalam periuk yang telah disediakan, masukan air sejuk 4 atau 5 gelas besar kedalam periuk tadi. Rebus  diatas dapur yang sedarhana besar apinya. Rebus hingga mendidih, Warna air rebusan mahkota dewa akan bertukar menjadi kemerahan.  Jika air rebusan agar kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tertapi ia masih boleh digunakan atau diminum. Anda juga boleh merebusnya kembali dengan menambah beberapa hirisan buah mahkota kering kedalamnya.
Air rebusan mahkota dewa boleh ditapis untuk disimpan didalam periuk atau didalam botol dan masukkan kedalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
Untuk meminumnya pastikan air rebusan tidak terlalu pekat, jika pekat, anda boleh menambah dengan air suam.

CARA CARA MEREBUS DAUN MAHKOTA DEWA

Cara yang paling baik, rebusan dibuat didalam periuk tanah liat bersize kecil, Jika tiada periuk biasa yang bersize kecil bolehlah digunakan.
Ambil 5 hingga 10 helai daun dari pokok mahkota dewa dan dibasuh sedikit, masukkan kedalam periuk, masukkan 2 gelas air sejuk kedalam periuk, dan teruskan merebus diatas dapur yang sederhana besar apinya. Rebus sampai air mendidih atau dalam masa setengah jam.

Tunggu sehingga air rebusan mahkota dewa sejuk, barulah diminum. Jika air rebusan terlalu pekat, anda boleh campurkan dengan sedikit air suam.
Air rebusan daun mahkota dewa ini boleh ditapis dan masukkan kedalam botol dan disimpan didalam peti sejuk.


Rebusan Air Daun Mahkota Dewa 

Thursday, 10 January 2013

POKOK BUAH MAHKOTA DEWA

Mengenal dengan lebih dekat Pohon,Buah, Daun dan Benih Mahkota Dewa. (Phaleria Macrocarpa) Berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea atau Irian Jaya dan jika tanahnya subur, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidakdiganggu oleh pencemaran dan aktiviti manusia. 

POKOK MAHKOTA DEWA / BUAHNYA MASIH MUDA

Sudah berkurun lama khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa sehingga kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit di Indonesia khususnya. Di Malaysia Pokok Mahkota Dewa ini masih baru dikenali dan susah untuk mendapatkannya. 

Pokok Mahkota Dewa / Buahnya Hampir Masak

Buah Mahkota Dewa Yang telah cukup Masak dan Boleh di petik

Buah Mahkota Dewa  adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada  penyelenggaraan  pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah  kepada warna  merah muda. Kulit buahnya  mula berubah warna dari warna merah muda  kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.

Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.

Isi buah  berwarna putih, berserat dan berair.

Isi dan biji Mahkota Dewa

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair. 

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, 

Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih. Untuk menggunakan biji, ainya perlu direbus dahulu.

Buah Mahkota Dewa yang telah di hiris 

Buah Mahkota Dewa yang telah dijemor kering

Daun Pokok Mahkota Dewa

Daun Mahkota Dewa berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Bunga Pokok Mahkota Dewa

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Anak Benih Mahkota Dewa, Memerlukan penjagaan Rapi

Anak benih Mahkota Dewa disemai melalui biji, Anak benih ini amat sukar didapati, 


Anak Pokok Buah Mahkota Dewa Yang Mulai Besar Dan Sedia Untuk Di Jual
Untuk mendapatkan anak benih mahkota dewa agar sukar sedikit.

Wednesday, 9 January 2013

BAHAYA KEPADA WANITA

PERINGATAN 

Wanita mengandung ditegah / dilarang daripada meminum air rebusan mahkota dewa.

Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak digalakan untuk meminum air rebusan kerana  kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.


Wanita, ibu-ibu yang mengusukan anaknya dilarang sama sekali meminum air rebusan Mahkota dewa


Wanita dalam pantang selepas bersalin dan haid dilarang meminum air rebusan mahkota dewa kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah serta boleh melambatkan keringan darah.

Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan tidak digalakan meminum air rebusan mahkota dewa. 


Kanak kanak tidak digalakan untuk meminum air rebusan Mahkota Dewa 



Tuesday, 8 January 2013

HUBUNGI KAMI

Sunday, 6 January 2013

TESTIMONIAL

TESTIMONIAL

Saturday, 5 January 2013

BORANG PESANAN